Home Dunia Anak anjing dipaksa simpan dalam kabin bagasi mati

Anak anjing dipaksa simpan dalam kabin bagasi mati

NEW YORK: Seekor anak anjing kecil mati dalam penerbangan United Airlines selepas seorang anak kapal memaksa haiwan itu diletakkan dalam tempat kabin bagasi.

Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari Houston ke New York.

Penumpang wanita yang menaiki pesawat itu bersama anak-anaknya dan seekor anjing diminta meletakkan haiwan itu di tempat bagasi kabin untuk penerbangan 3.5 jam.

Maggie Gremminger berkata, beliau mahu menyimpan anjing tersebut dalam beg kecil di bawah tempat duduknya tetapi kru kabin tidak membenarkannya.

Pada akhir penerbangan, wanita itu mendapati anjing mati. Dia yang sedih terduduk lorong laluan pesawat sambil menangis dan semua penumpang di sekelilingnya sangat terkejut, menurut Gremminger menerusi Twitter.

United Airlines berkata, ia satu kemalangan tragis yang sepatutnya tidak patut berlaku kerana binatang peliharaan tidak boleh diletakkan dalam tempat bagasi kabin.

Jurucakap United Airlines, Maggie Schmerin berkata, syarikat penerbangan itu sedang menyiasat kejadian itu dan mengembalikan kos tiket penumpang, termasuk caj yang dikenakan kepada haiwan peliharaan AS$125. – MalaysiaGazette