Home Ekonomi Tempahan Myvi dapat sebelum Hari Raya

Tempahan Myvi dapat sebelum Hari Raya

Myvi, model terlaris Perodua.

KUALA LUMPUR – Perodua telah membuat penghantaran sebanyak 28,000 Myvi, hampir separuh daripada tempahan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Perodua telah meningkat pengeluaran model kereta itu.

“Kami akan memenuhi semua tempahan Myvi sekarang menjelang Hari Raya ini. Buat masa ini, kami telah memenuhi tempahan yang dibuat pada tahun 2017,” katanya di sini.

Zahari mengunjurkan penguasaan pasaran bagi bulan Februari melepasi 41 peratus dengan 17,100 buah kenderaan di jual berbanding sasaran 41,100 unit jumlah volum industri (TIV).

Ia termasuk 6,500 untuk Myvi, Axia (5,000), Bezza (3,700) dan Alza (1,900).

Untuk tahun ke tahun, prestasi Perodua meningkat sebanyak 13.1 peratus kepada 34,800 unit berbanding 30,800 yang dijual dalam tempoh dua bulan pertama tahun lalu.

Menurut Zahari, Perodua mensasarkan untuk menjual 209,000 buah kenderaan pada tahun ini, naik 2.0 peratus berbanding 204,900 pada tahun lalu. – MalaysiaGazette