KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli dewan khususnya daripada Barisan Nasional.
Permohonan maaf itu dibuat semasa berbahas dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan menjadi kali terakhir buatnya sebagai wakil rakyat.
Rafizi berkata, walaupun lantang mengkritik ahli parlimen daripada parti seteru selama lima tahun namun hubungan dengan Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara) di luar tetap baik.
Beliau dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada speaker dan timbalannya kerana memberi peluang untuknya berhujah selama lima tahun.
“Ini adalah uncapan terakhir saya, memandangkan saya tidak bertanding dalam PRU akan datang, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua kerana selalu beri ruang kepada saya untuk berhujah.
“Saya ingin minta maaf sekiranya kririkan saya pedas kepada kerajaan sejak 5 tahun lepas dalam dewan ada melukakan hati ahli dewan sebelah sana, saya tidak pernah rasa benci dengan sahabat saya di sebelah sana.
“Ahli Parliman Kinabatangan tak ada, Lenggong tak ada, Tenggara, Walaupun Tanjung Karang kadang-kadang kritik saya dengan keras, sebenarnya kita baik di luar,” antara ucapannya semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Beliau terdahulu menerusi Twitternya mengesahkan tidak akan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.
Tambah beliau, kesemua kritikannya adalah salah satu tanggungjawab yang digalasnya sebagai wakil rakyat.
Rafizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Malah, di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.-MalaysiaGazette
Lepas ni Lapiji akan berada dlm penjara selama satu penggal..dia boleh berhujah dan kelentong mana2 banduan yg ada dlm sel bersamanya.. dia nak fitnah pasal tabung haji ke, nak fitnah pasal 1mdb ke, nak kelentong pasal petronas ke lembu ke, dia boleh buat demikian sesuka hati dia..tak ada sorang ahli banduan pun akan sanggah, akan patahkan hujahnya..Lapiji boleh berhujah siang malam tanpa henti2.
Barulah aman sikit Parlimen bila Rafizi tak ada. Kalau tidak YB-YB kerajaan terpaksa habiskan banyak masa duk layan fitnah YB Pandan ni.