KUALA LUMPUR – Setelah mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah menyertai parti itu bukan untuk membolehkan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena.
“Kemasukan saya dalam mana-mana parti bukan untuk jadi calon sebab parti sudah tentukan calon masing-masing.
“Saya hanya akan pastikan PH menang. Saya sanggup jadi jadi mamak jual roti balik India, masuk semua lorong untuk pastikan pelanggan beli roti,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Mahfuz berkata beliau akan menjadi orang di belakang tabir yang berkempen untuk mana-mana calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Ditanya sama ada beliau menyesal meninggalkan Pas, jawab Mahfuz; “Saya tidak menyesal tinggalkan Pas.
“Saya rasa terlepas beban untuk dianggap rakyat sebagai pengkhianat bagi tongkat kepada UMNO-BN,” jawab bekas naib presiden Pas itu. -MalaysiaGazette.