SWITZERLAND – Dua kelab Liga Perdana Inggeris akan bertemu pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada April ini.
Liverpool dan Manchester City bakal bersaing bagi membuktikan kelab EPL yang lebih hebat untuk layak ke separuh akhir selepas ini.
Anak buah Pep Guardiola sebelum ini mempunyai rekod cemerlang ke atas The Reds dalam aksi Liga Perdana apabila membelasah anak buah Jurgen Klopp 5-0 September lalu.
Aksi pertama bakal berlangsung di Anfield pada 3 atau 4 April ini manakala seminggu kemudian mereka berkunjung ke Etihad untuk perlawanan timbal balik.
Undian penuh suku akhir Liga Juara-Juara:
Barcelona lwn Roma
Sevilla lwn Bayern Munich
Juventus lwn Real Madrid
Liverpool lwn Manchester City
- MalaysiaGazette