MOSCOW- Rusia akan mengusir 23 diplomat Britain selepas Theresa May mengarahkan perintah yang sama terhadap para diplomat Moscow.
Kementerian Luar Rusia berkata, kakitangan United Kingdom itu diberi masa seminggu untuk keluar dari negara tersebut.
Rusia juga akan menutup Majlis Britain dan Konsulat British di St Petersburg.
Agen perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia masih lagi kritikal selepas terdedah kepada senjata kimia itu tetapi stabil.
Kedua-dua mereka ditemui tidak sedarkan diri di bangku simpanan di Salisbury, Wiltshire pada 4 Mac.
Kerajaan United Kingdom mendakwa kedua-dua beranak itu diracun dengan agen saraf yang dibangunkan di Rusia yang dikenali sebagai Novichok.
Namun Rusia menafikannya.
Serentak itu, Britain menuntut Rusia membuat penjelasan berhubung penemuan agen saraf itu tetapi Moscow gagal berbuat demikian mengikut tempoh yang diberikan.
Kegagalan itu menyebabkan 23 diplomat Rusia diusir dari United Kingdom.
Sementara itu, polis merayu saksi-saksi yang melihat kereta BMW milik Skripal pada 4 Mac lalu supaya tampil memberi kerjasama. – MalaysiaGazette