Home Sukan Dua gol Tosun bantu Everton atasi Stoke

Dua gol Tosun bantu Everton atasi Stoke

5a5b6353d3806c33d8bc728c-640x360
Cenk Tosun

LONDON – Dua jaringan Cenk Tosun membolehkan Everton menumpaskan Stoke 2-1 selepas the Potter terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam keadaan bersalji di Stadium bet365.

Pemain pasukan tuan rumah, Charlie Adam dilayangkan kad merah oleh pengadil, Martin Atkinson, selepas setengah jam perlawanan berlangsung kerana mengasari Wayne Rooney.

Stoke menyusun semula pasukan itu selepas kehilangan Adam namun pintu gawang tuan rumah robek juga pada pertengahan separuh masa kedua.

Tosun meranapkan impian pasukan tuan tumah apabila pemain itu meledakkan rembatan jarak dekat pada minit ke-69 bagi membolehkan the Toffees mendahului.

Namun pasukan bimbingan Paul Lambert menyamakan kedudukan menerusi Eric Choupo-Moting pada minit ke-77.

Tosun sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring gol menerusi tandukan enam minit sebelum permainan berakhir bagi membolehkan pasukannya membawa pulang tiga mata. – Agensi

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts