BEIJING – China melantik Yi Gang sebagai Gabenor People’s Bank of China (PBOC) yang baharu, menurut laporan Wall Street Journal.
Pencalonan Yi, yang merupakan timbalan kepada gabenor bank pusat, Zhou Xiaochuan, dinilai oleh hampir 3,000 perwakilan yang menghadiri Kongres Rakyat Kebangsaan.
Pengganti Zhou dijangka berhadapan dengan tugas berat memandangkan Rizab Persekutuan dijangka mengumumkan kenaikan kadar faedah pada 21 Mac ini, sehari selepas Parlimen China berakhir.
Pada tahun lalu, Rizab Persekutuan meningkatkan kos pinjaman sebanyak tiga kali dan PBOC pula menaikkan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan Disember, menetapkan kadar operasi pasaran terbuka (OMO) yang lebih tinggi sebanyak 10 mata asas dan 5 mata asas.
Sesetengah ahli ekonomi berpendapat tidak ada keperluan untuk China menaikkan kadar pada bulan ini kerana Beijing telah mengawal kewangannya. – MalaysiaGazette