Home Nasional EU tergugat dengan Malaysia

EU tergugat dengan Malaysia

Datuk Seri Mah Siew Keong bakal berhadapan dengan calon DAP, Nga Kor Ming dalam PRU14 bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.
Datuk Seri Mah Siew Keong bakal berhadapan dengan calon DAP, Nga Kor Ming dalam PRU14 bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

PUTRAJAYA – Dakwaan penanaman kelapa sawit di Malaysia menjejaskan alam sekitar hanya alasan Kesatuan Eropah (EU) yang tergugat dengan peningkatan sumbangan Malaysia dalam pasaran industri tersebut, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Katanya, sumbangan Malaysia dalam pasaran kelapa sawit kini direkodkan meningkat kepada 60 peratus berbanding hanya 10 peratus pada tahun 60 dan 70-an maka situasi ini menurutnya menimbulkan kebimbangan terhadap pasaran dalam negara mereka sendiri yang berpotensi untuk terjejas.

“Saya menegaskan terutama negara Eropab mereka menuduh kelapa sawit kita apabila kita mananam tidak menjaga alam sekitar, tidak menjaga kemampan dan banyak isu, tetapi bagi saya ini satu cara diskriminasi.

“Saya nak beritahu pada 60-70-an masa itu pasaran dunia kelapa sawit dari kita 10 peratus tapi hari ini 60 peratus jika ini berterusan akan naik lagi 80 hingga 90peratus kerana kelapa sawit kita efektif dan minyak yang baik.

“Jadi bagi saya apa yang Eropah buat untuk menyekat adalah untuk menjaga indistri tanaman mereka sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Penghargaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Justeru katanya demi membuktikan negara tidak seperti yang didakwa MSPO dimandatorikan perlu disambut baik oleh semua syarikat dan para pekebun kecil agar industri itu tidak disisihkan kelak.

“Walaubagaimanapun kita ada MSPO untuk buktikan negara kita jaga alam sekitar jaga kemampanan dan tidak membakar hutan seperti yang dituduh.

“Pensijilan ini adalah sangat mustahak , sehingga pada 2020 dua tahun lagi mesti ada pensijilan,”menurut Mah.

Pada April tahun lalu, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Sehubungan itu tambah Mah Siew Keong, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepentingan skim MSPO kepada semua pekebun kecil. -MalaysiaGazette