WASHINGTON – Presiden Donald Trump mencadangkan pengedar dadah di negara itu dihukum mati.
Cadangan itu dibuat bagi mengatasi epidemik ketagihan ubat penahan sakit dalam kalangan penagih dadah.
Trump membuat cadangan itu semasa berucap di New Hampshire, sebuah negeri yang teruk terjejas oleh krisis opioid.
Beliau memberitahu, pentadbirannya cuba mengubah undang-undang untuk melaksanakan hukuman mati ke atas pengedar dadah, tetapi beliau akan menghadapi bantahan politik dan kehakiman.
Opioid adalah ubat penahan sakit dan ketagihan dadah.
Sejumlah 2.4 juta rakyat Amerika Syarikat terlibat dalam penagihan dadah
Ketika berucap di Manchester, New Hampshire, Trump berkata: “Jika kita tidak bertindak tegas ke atas pengedar dadah, kita hanya membuang masa. Tindakan tegas itu termasuk hukuman penalti”.
Trump sebelum ini mencadangkan hukuman mati dimuktamadkan ke atas pengedar semasa perhimpunan di Pennsylvania bulan ini. – MalaysiaGazette