Home Dunia Gudang simpan bahan buangan terbakar

Gudang simpan bahan buangan terbakar

Anggota bomba SCDF sedang memadamkan kebakaran di gudang simpanan bahan buangan di Kranji. foto CNA

SINGAPURA – Sebuah gudang yang menyimpan timbunan bahan buangan di 11 Kranji Crescent, di sini terbakar awal pagi ini.

Ini adalah kebakaran besar berkaitan industri yang kedua dalam minggu ini, selepas kebakaran melibatkan sebuah tangki menyimpan minyak di Pulau Busing, Isnin lepas.

Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataannya di laman Facebook kira-kira pukul 3 pagi tadi berkata, ia telah dimaklumkan mengenai kebakaran di gudang itu.

Dalam makluman terkininya, SCDF berkata usaha memadamkan kebakaran masih lagi berjalan dengan api sudah dapat dikawal kepada kawasan seluas 600 meter persegi. – MalaysiaGazette