KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan pada Disember 2016 mencatatkan RM61.5 bilion, peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding RM55.6 bilion tahun sebelumnya.
Jabatan Statistik berkata, jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Disember 2016 pula seramai 1,032,897 orang, meningkat sebanyak 0.6 peratus atau 5,853 orang berbanding 1,027,044 orang pada Disember 2015.
Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada Disember 2016 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM3.454 bilion
Produktiviti meningkat sebanyak 10.0 peratus kepada RM59,534 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette