Home Dunia Theresa May terus dapat sokongan boikot Rusia

Theresa May terus dapat sokongan boikot Rusia

Theresa May

BRUSSELS – Perdana Menteri Britain, Theresa May berterusan mendapat sokongan apabila pemimpin Kesatuan (EU) bersatu menyokong menyalahkan Rusia dalam insiden cubaan meracun menggunakan agen saraf negara itu.

Agensi melaporkan, beberapa negara dipercayai akan mengikut langkah May untuk mengusir diplomat Britain dari negara mereka dalam masa terdekat.

Antara negara yang bakal mengikut langkah tersebut termasuk Lithuania dan Perancis.

May menegaskan betapa pentingnya untuk  bertindak balas dan bersatu padu berikutan serangan racun ke atas bekas ejen Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di bandar Salisbury, England beberapa minggu lepas.

Pada sidang kemuncak di Brussels, 28 pemimpin EU menawarkan sokongan penuh mereka, bersetuju bahawa berkemungkinan besar Persekutuan Russia bertanggungjawab dan tidak ada penjelasan alternatif yang munasabah ke atasnya.

“Beberapa negara anggota sedang mempertimbangkan untuk mengusir diplomat Russia atau memanggil pulang diplomat negara itu,” kata pegawai EU.

Moscow dengan tegas menafikan sebarang pembabitan tetapi London sudah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan sebagai Novichok yang direka oleh Soviet.

Sebelum ini, minggu lepas dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York, Amerika Syarikat bertindak memihak kepada Britain dengan menolak dakwaan Moscow bahawa mereka tidak terlibat dalam se­rangan ke atas Skripal dan Yulia.

“Kami percaya Rusia bertanggungjawab dalam se­rangan ke atas dua individu terbabit menggunakan agen saraf tentera,” kata Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley dalam mesyu­arat tergempar yang diadakan atas permintaan Britain.

Negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam pada itu turut menyuarakan sokongan ke atas Britain ekoran penggunaan agen saraf yang pertama kali digunakan di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. – Malaysia Gazette