Home Ekonomi Lebih 600,000 dipamer di Ekspo Jualan Perumahan esok

Lebih 600,000 dipamer di Ekspo Jualan Perumahan esok

Abdul Mutalib Alias

KUALA LUMPUR- Lebih 600,000 akan dipamerkan di Ekspo Jualan Perumahan- Ke arah Sejuta Impian yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula esok sehingga 1 April nanti.

Ini merupakan ekspo perumahan terbesar di Malaysia yang diadakan di bawah satu bumbung dan dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan Persekutuan serta negeri termasuk Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Projek Perumahan Pejawat Awam (PPA1M) dan kerajaan-kerajaan negeru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, PR1MA sendiri menawarkan 267,640 unit rumah yang direka bersesuaian dengan gaya hidup kelompok M40 dan terdapat juga rumah-rumah berharga RM150,000.

“Tujuan ekspo ini diadakan adalah untu mempamerkan produk-produk kami serta agensi-agensi perumahan yang lain di seluruh negara.

“Ekspo ini tidak mengkhususkan produk-produk di Lembah Klang sahaja tetapi di seluruh negara kecuali projek RUMAWIP kerana ia hanya mempunyai projek di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja,” katanya semasa sidang media pra-pelancaran Ekspo Jualan Perumahan- Ke arah Sejuta Impian, di sini hari ini.

Ekspo selama sembilan hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dapat mendekati dan membeli rumah-rumah yang ditawarkan, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua unit rumah PR1MA dan sebuah kereta Myvi.

Abdul Mutalib tidak mendedahkan nilai pembangunan kasar (GDV) projek yang bakal dipamerkan semasa ekspo berkenaan serta sasaran jualan sepanjang ekspo berlangsung.-MalaysiaGazette