KUALA LUMPUR – Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas selamat melahirkan puteri sulungnya pada Isnin lalu
Menerusi rakaman video yang dikongsikan pengurusnya di Instagram, Siti Nurhaliza dengan wajah ceria sempat berterima kasih kepada kakitangan hospital sepanjang berada di sana sejak Ahad lalu.
Buat sementara waktu anak perempuan Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum nama sebenarnya diumumkan secara rasmi selepas tujuh hari kelahiran.
Kelahiran bayi ini menamatkan penantian Siti Nurhaliza selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette