KUALA LUMPUR – Firma perlombongan berlian terbesar dunia, Alrosa dari Rusia tampil dengan projek Glitzkoin yang membolehkan pengeluar, penjual dan pembeli menggunakan matawang digital dalam transaksi perdagangan barangan perhiasan tersebut.
Platform Glitzkoin yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan industri berlian ini, membolehkan aktiviti pembelian dan penjualan barangan permata dilakukan dengan lebih berkesan tanpa pembabitan orang tengah sekali gus mengurangkan kos.
Pakar berlian berpengalaman dari syarikat itu, Olga Rosina berkata, pihaknya teruja dengan projek berkenaan.
“Pasaran industri berlian memerlukan pembaharuan. Teknologi blockchain boleh menyelesaikan ketidakcekapan selama berpuluh-puluh tahun,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Glizkoin, Datuk Seri Navnet Goenka yang juga pemilik butik Ceres.
Platform Glitzkoin boleh mengurangkan kos pengangkutan, meningkatkan tranparensi, tidak melibatkan orang tengah serta boleh melipat gandakan keuntungan.
Menerusi Glitzkoin, penjual boleh terus berhubung dengan pembeli sekali gus memudahkan urusan pembelian. – MalaysiaGazette