Home Dunia Jepun mahu pinjam lebih banyak panda dari China

Jepun mahu pinjam lebih banyak panda dari China

foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 NOVEMBER 2017

TOKYO – Jepun meminta China untuk meminjamkan kepadanya lebih banyak panda, menurut sumber.

Kerajaan negara itu berpendapat pinjaman tersebut dilakukan sebagai simbol hubungan yang lebih baik memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penjanjian keamanan dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Jepun sedang menimbang menjadikan zoo di Kobe dan Sendai sebagai tempat kediaman panda tambahan itu, kata sumber.

Menteri Luar, Taro Kono menyatakan permintaan untuk mendapatkan panda tambahan dilakukan pada mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari China semasa beliau melawat China akhir Januari lalu, lapor The Japan Times.

Di bawah diplomasi panda, China mewujudkan suasana persahabatan dengan negara lain meneusi haiwan itu.

Terdapat sembilan ekor panda di Jepun termasuk Xiang Xiang, anak panda yang dilahurkan di Zoo Ueno, Tokyo pada tahun lalu. – Agensi