KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Keramat Lab’.
Perkara itu diumumkan oleh wakilnya iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Afendi Zahari dalam ucapan sempena Majlis Keramat #QuranHour 4.0 hari ini.
Johari yang juga Menteri Kewangan II tidak dapat hadir pada majlis itu.
“Diharap peruntukan ini akan dapat membantu Keramat Lab dalam terus mengadakan program di kawasan ini bersesuaian dengan kekeluargaan,” kata Afendi.
Program tersebut diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.
Keramat Lab dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu yang merupakan program perintis kempen selama untuk temoh setahun demi mengukuhkan keluarga dengan al-Quran sebagai solusi.
Idea untuk mewujudkan program ini hasil cetusan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selepas berlakunya insiden kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat yang mengorbankan 23 pelajar angkara khianat.
Justeru itu program itu digunakan untuk bersama-sama dengan penduduk setempat untuk menyebarkan kesedaran rohani.
Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut hadir memberikan sokongan berhadap agar Keramat Lab akan membawa berkesan dalam pembentukan pemikiran masyarakat setempat dan dalam masa yang sama menangani gejala sosial.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berharap agar program Keramat Lab berjaya dan menjadi contoh di kawasan-kawasan lain seluruh negara.
“Lab ini dimulakan pertama kali di Keramat ini di sini untuk melihat dan menjadi modul yang sesuai untuk membawa transformasi untuk kawasan ini
Konsepnya sesuai tetapi saya rasa kita masih mempunyai masalah dengan masyarakat, iaitu masalah sosial masyarakat.
Dengan adanya inisiatif seperti ini kita juga berdoa akan melihat perubahan yang jelas,” kata Nadzim. – MalaysiaGazette