Home Nasional Rafizi yakin tidak dipenjarakan selepas PRU14

Rafizi yakin tidak dipenjarakan selepas PRU14

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yakin tidak akan dipenjarakan kerana percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ini sekali gus memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan akan melepaskannya daripada hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Katanya dipetik sebagai berkata, keyakinan ini adalah daripada kesedaran rakyat untuk menjadikan Pakatan Harapan kerajaan persekutuan yang mentadbir negara.

“1 Jun nanti rayuan akhir saya di Mahkamah Rayuan, jika tidak berjaya saya akan masuk penjara.

“Saya ingat jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam tempoh empat minggu, saya tak rasa kerajaan baharu tu nak masukkan saya dalam penjara,” katanya selepas selesai program Jom Bina Semula Negara di Baling, pada Ahad.

Beliau dalam masa yang sama menyeru seluruh rakyat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya sanggup ambil risiko berdepan dengan penjara, kerana bagi saya itu satu benda betul. Itu ialah tuntutan sebagai seorang Islam dan bapa.

“Orang lain juga yang ingin mengundi, saya minta bagi pertimbangan sama, undi kita itu atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan bapa,” katanya.

Untuk rekod, pada 7 Februari lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) enam tahun lalu. – MalaysiaGazette