Home Seni Hidup Bila Tizz Zaqyah dapat peluk Roberto Carlos

Bila Tizz Zaqyah dapat peluk Roberto Carlos

Foto Instragram Tizz Zaqyah.

KUALA LUMPUR – Sejak semalam, nama aktres Tiz Zaqyah tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas dia berkongsi sekeping gambar di Instgram berpelukan mesra dengan bekas bintang bola sepak Brazil, Roberto Carlos.

Baru-baru ini, Roberto berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pelancaran dan pelantikan duta kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Tiz antara artis yang bertuah dapat bertemu secara eksklusif dengan personaliti sukan terkenal dunia itu.

Setakat ini gambar tersebut mendapat lebih 37 ribu ‘like’ namun pelakon yang popularitinya mula melonjak naik menerusi drama Nur Kasih ini menutup ruangan komen.

Bagaimanapun gambar itu tular di internet sekaligus mengundang komen negatif daripada kebanyakan pengguna laman sosial media seperti di Twitter dan Facebook.

Barangkali Tiz terlalu teruja kerana dapat bertemu dengan bintang bola sepak pujaan dunia ini dan perasaan gembiranya itu dikongsi bersama peminat.

Bagi netizen, aksi berpelukan itu tidak manis dipandang lebih-lebih lagi kerana Tiz seorang wanita muslim dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Namun ada berpendapat, Tiz terlalu teruja kerana dapat bertemu dengan bintang bola sepak pujaan dunia ini dan perasaan gembiranya itu dikongsi bersama peminat.

Apa pun, beberapa jam selepas itu, Tiz memuat naik pula status di Insta Story dengan kapsyen berbaur sindiran kepada haters.

“Tak dapat komen gambar kita, dia pi comment orang lain punya. Tahap dengki tu tunggi betul. So much Effort. while i’m eating popcorn and enjoying y’all being butthurt,” tulisnya. – MalaysiaGazette