PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta menyita semua premis berbentuk hiburan dan rumah urut yang beroperasi di sebalik selimut maksiat tak bermoral di Lembah Klang.
Arahan itu dibuat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali susulan serbuan penguatkuasa Imigeresen di tiga premis di Kuala Lumpur.
Serbuan mencegah kegiatan tak bermoral dijalankan menerusi Ops Gegar oleh Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Khas dan Analisa Imigresen di sebuah pusat hiburan dan dua premis urut pada Khamis sekitar 12.40 pagi.
“Serbuan pertama di pusat hiburan itu berjaya membawa kepada penahanan 10 orang termasuk penyelia premis warga tempatan, seorang warga Myanmar, enam wanita Vietnam dan dua wanita Indonesia.
“Mereka dithan kerana menyalahgunakan pas lawatan bertempoh 30 hari dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sebagai menemani pelanggan dengan kadar bayaran lumayan,” katanya dalam sidang media khas di Jabatan Risikan Ibu Pejabat Imigresen di sini.
Dalam satu serbuan berasingan, anggota penguatkuasa Imigresen telah mkenyerbu sebuah pusat urut yang disyaki melakukan aktiviti tak bermoral.
Ujar beliau, hasil serbuan berjaya menahan empat individu termasuk seorang warga tempatan dan dua wanita Indonesia.
“Premis ini pernah diserbu Imigresen sebelum ini dan kesemua wanita Thailand dan dua wanita Indonesia memasuki negara dengan dokumen Pas lawatan sosial bertempoh 30 hari tetapi menjalankan aktiviti tak bermoral untuk kaut keuntungan.
“Tetapi dalam serbuan premis ketiga iaitu sebuah hotel yang pernah diserbu sebelum ini juga diperiksa malam tadi.
“Hasilnya seramai 19 wanita warga asing disyaki menawarkan khidmat pelacuran dan terlibat dengan penggunaan dadah. Turut ditahan 3 lelaki tempatan disyaki penyelia dan penjaga wanita asing di premis itu,” tegasnya.
Jelas beliau, penguatkuasa Imigresen telah mengeluarkan sembilan notis hadir memberi keterangan kepada pekerja dan pelanggan yang berada semasa serbuan.
“Maklumat awakl wanita warga asing ini perlu dibayar sejumlah wang dari RM100 hingga RM210 bagi mendapatkan prkhidmatan seks yang ditawarkan.
“Dalam serbuan kita turut menyita sejumlah wang tunai hampir RM45,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu selain dokumen pengenalan diri, sejumlah kondom dan barang lain di bilik yang dihuni wanita asing,” tegasnya.
Pihaknya turut mengenalpasti kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri tinggal lebih masa yang melanggar Akta Imigresen.
“Kesemua tahanan akan ditempatkan di deot tahanan Imigresen di Bukit Jalil untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya,” katanya. – MalaysiaGazette