Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga manfaat yang diperoleh pemilik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Antara yang digariskan Perdana Menteri adalah peluang bagi mereka memiliki kediaman idaman.
Menurut beliau, manfaat kedua pemilik PPA1M adalah kawasan perumahan selesa yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan ketiga, golongan itu mendapat aset yang akan meningkat harganya secara berterusan.
“Bagi penjawat awam, kebajikan mereka sentiasa dijaga oleh kerajaan. Untuk golongan tersebut, sebanyak 35,752 unit rumah PPA1M telah siap dibina atau dalam pelaksanaan setakat ini manakala 106,000 unit lagi dalam perancangan.
“Inilah kejayaan usaha kerajaan khususnya untuk manfaat penjawat awam dan rakyat kerana kerajaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat”.
#PPA1M #najib #perdanamenteri #malaysiagazette