Home Dunia Lapangan terbang Stansted terbakar

Lapangan terbang Stansted terbakar

Asap tebal menyelubungi bahagian hadapan Lapangan Terbang Stansted. foto Agensi

STANSTED – Semua penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Stansted, dekat Essex dibatalkan sehingga tengah malam selepas sebuah bas terbakar di luar terminal.

Saksi-saksi berkata, asap tebal memusnahkan keseluruhan bas yang terbakar di kawasan menunggu di lapangan terbang itu.

Asap daripada kebakaran itu turut menjejaskan sebahagian besar bangunan hadapan terminal itu, kata bomba.

Lapangan terbang memohon maaf atas insiden itu dan menasihati penumpang untuk menempah semula penerbangan masing-masing.

Kebakaran yang berlaku disebabkan oleh masalah eletrikal pada bahagian enjin bas itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

“Api berjaya dipadamkan dan semua operasi berjalan seperti biasa,” menurut jurucakap lapangan terbang itu. – MalaysiaGazette