KUALA LUMPUR – Pusat Perkhidmatan Pelanggan Plaza Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup buat sementara sehingga 28 Mei 2018.
Penutupan sementara ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaik taraf.
Ia akan beroperasi seperti biasa mulai pukul 9 pagi pada 29 Mei ini.
Oleh itu, pemandu dinasihatkan menggunakan pusat perkhidmatan pelanggan lain atau Kiosk Khidmat Sendiri di plaza tol terpilih atau kawasan servis (RSA) untuk memuatkan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go pada tempoh tersebut.
Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka melalui 10,000 pusat tambah nilai di seluruh negara termasuk mesin ATM, pusat membeli-belah, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan sebagainya. – MalaysiaGazette