Home Nasional Fasa akhir roboh plaza tol Batu 3, Sungai Rasau selesai

Fasa akhir roboh plaza tol Batu 3, Sungai Rasau selesai

PLUS

KUALA LUMPUR – Semua kerja-kerja perobohan di tapak Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kini telah selesai sepenuhnya pada 31 Mac lalu.

PLUS Malaysia Bhd berkata, fasa terakhir perobohan struktur fizikal bahagian tepi bumbung plaza telah dijalankan selepas laluan utama di tapak Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dibuka kepada orang ramai pada 13 Mac dan 18 Mac yang lalu.

Kerja-kerja perobohan struktur fizikal di tapak Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau telah dijalankan sejak 20 dan 21 Februari lalu. – MalaysiaGazette