Home Dunia Kesatuan juruterbang Air France rancang protes lagi

Kesatuan juruterbang Air France rancang protes lagi

Gambar hiasan

PARIS – Tiga kesatuan yang mewakili juruterbang Air France memaklumkan akan mengadakan protes pada 10 dan 11 April ini selepas melakukan tindakan sama pada 3 dan 7 April ini.

Menurut SNPL, SPAF dan Alter, rancangan protes itu diteruskan selepas pengurusan syarikat penerbangan itu menolak untuk menaikkan gaji selepas rundingan diadakan baru-baru ini.

Pengurusan Air France memberitahu, kesatuan-kesatuan menuntut kenaikan gaji sebanyak 6.0 peratus dan cadangan itu terpaksa ditolak, dikhuatiri menjejaskan pertumbuhan syarikat.

Air France telah mengalami beberapa siri protes sejak bulan Mac. – MalaysiaGazette