Home Dunia Bahrain temui telaga terbesar dalam sejarah

Bahrain temui telaga terbesar dalam sejarah

minyak

MANAMA – Bahrain, negara pengeluar minyak terkecil di Teluk Parsi menemui telaga minyak terbesar dalam sejarahnya mengeluarkan minyak mentah sejak tahun 1932.

Menurut agensi berita rasmi negara tersebut, minyak syel dan gas asli ditemui di kawasan berhampiran rizab sedia ada di negara tersebut namun tidak menyatakan sebarang angka.

Ketika ini, Bahrain mengeluarkan kira-kira 45,000 tong minyak sehari dan berkongsi pendapatan daripada deposit dengan Arab Saudi yang mengeluarkan kira-kira 300,000 tong sehari, demikian menurut angka daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.

Bahrain menemui Telaga Khaleej Al Bahrain apabila ia mahu meluaskan kapasiti Telaga Bahrain kepada 100,000 tong sehari menjelang akhir dekad ini.

“Analisis awal menunjukkan penemuan ini berada pada paras yang besar dan mampu menyokong penerokaan minyak dan gas jangka panjang,” kata Menteri Minyak Bahrain, Shaikh Mohammed bin Khalifa Al-Khalifa dalam laporan BNA.- MalaysiaGazette