Home Dunia Go-Jek, Grab kena mendaftar di Indonesia

Go-Jek, Grab kena mendaftar di Indonesia

Nekad mencabar diri sendiri dan inisiatif mencari pendapatan tambahan mendorong golongan yang bermasalah pendengaran dan pekak untuk memberanikan diri mereka menjadi pemandu Grab.
Nekad mencabar diri sendiri dan inisiatif mencari pendapatan tambahan mendorong golongan yang bermasalah pendengaran dan pekak untuk memberanikan diri mereka menjadi pemandu Grab.

JAKARTA- Syarikat e-hailing, Go-Jek dan Grab perlu mendaftar sebagai syarikat pengangkutan di Indonesia dalam tempoh dua bulan lagi bagi memastikan mereka memenuhi kelayakan keselamatan sebagai penyedia pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata, perbincangan akan diadakan dengan para pemegang taruh.

“Kami di Kementerian Pengangkutan akan memuktamadkan perkara ini dan akan bertemu dengan pemegang taruh dalam tempoh sehari dua lagi untuk berbincang,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut seorang pegawai kanan kerajaan, apabila syarikat e-hailing tersebut sudah memiliki lesen, mereka perlu mematuhi peraturan sebagai sebuah pengendali pengangkutan awam.

Dalam pada itu, Budi turut berjanji bahawa kerajaan akan memastikan persaingan dalam sektor e-hailing adalah adil selepas Uber Technologies Inc. menjual operasinya di Asia Tenggara kepada Grab.-MalaysiaGazette