Home Akhbar Cina Tuah Ring Cutter penyelamat zakar

Tuah Ring Cutter penyelamat zakar

Gambar fail
KUALA LUMPUR – Misi menyelamatkan zakar yang kritikal kerana terlekat pada cincin kini menjadi lebih pantas dan efektif dengan terciptanya Tuah Ring Cutter.
China Press melaporkan, alat gerigi yang diciptakan Mohd. Rusli, seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat di Balai Hang Tuah, ibu negara itu dapat melonggarkan cincin yang terlekat pada zakar dalam tempoh lima hingga 10 minit.
Pada masa ini, alat penyelamat zakar itu hanya terdapat di dua buah Balai iaitu di Hang Tuah dan Titiwangsa, kedua-duanya di ibu negara.
“Gerigi dalam alat ini dibuat daripada besi maka ia perlu diganti selalu,” kata Ketua Balai Hang Tuah, Mohd. Eirwan Hussin.
Beliau berkata, idea mengenai Tuah Ring Cutter tercetus selepas berlaku beberapa kes cincin terlekat pada zakar.
Kejadian-kejadian berkenaan selalunya dikaitkan dengan kepercayaan bahawa cincin dapat meningkatkan kepuasan seksual.
Kata Mohd. Eirwan lagi, proses memotong cincin yang terlekat pada zakar biasanya dilakukan di hospital dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mungkin dihubungi pihak hospital untuk membantu.
Di Kuala Lumpur sahaja, sebanyak 11 kes cincin terlekat pada zakar telah dilaporkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.
Ramai mangsa pada mulanya berasa segan untuk meminta bantuan tetapi akan menggunakan cara tersendiri untuk menanggalkan cincin.
Keadaan itu bagaimanapun sering merumitkan keadaan sehingga batang zakar mangsa bengkak dan bertukar hitam apabila mereka meminta bantuan pakar.
Menurut Mohd. Erwan, walaupun mangsa yang tengah kesakitan akan meminta anggota menyegerakan proses memotong cincin, tetapi ia perlu dijalankan secara teliti bagi mengelakkan zakar terpotong.
“Mangsa kena menahan sakit kerana anggota perlu memasukkan alat ke dalam bahagian zakar yang terlekat dengan cincin untuk memulakan proses pemotongan.
” Proses pemotongan juga perlu dilakukan secara perlahan,” katanya.

Comments are closed.