Home Nasional Lateefa tak dibenarkan jumpa Anwar lagi

Lateefa tak dibenarkan jumpa Anwar lagi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati TV3 bertanggungjawab menfitnah dengan mengaitkan Anwar sebagai seorang daripada dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Peguam Lateefa Koya tidak lagi dibenarkan menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi selepas wujud ketidakpatuhan dalam peraturan Jabatan Penjara Malaysia.

Tindakan itu susulan kenyataan berhubung Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar yang dikaitkan dengan Anwar.

Latheefa Koya (tengah).

Keputusan itu tidak melibatkan peguam-peguam lain yang mengendalikan kes Anwar.

Pengarah Jabatan Penjara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Darussalam Budin berkata, Seksyen 26 Akta Penjara 1995 menetapkan seseorang banduan walaupun berada di luar penjara dan masih dalam tempoh hukuman masih tertakluk kepada peraturan-peraturan seperti mana dalam penjara.

Peraturan 101(2), Peraturan-Peraturan Penjara 2000 pula menetapkan perjumpaan di antara peguam dengan seseorang banduan adalah bagi urusan berkaitan kes perbicaraan melibatkan banduan sahaja.

Darussalam berkata, Jabatan Penjara tidak menyekat perjumpaan antara peguam dan banduan agar kes-kes melibatkan banduan dapat dikendalikan dengan lancar.

Katanya, Anwar kini masih menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dan keutamaan adalah diberikan kepada lawatan keluarga tetapi pertimbangan turut diberikan kepada beliau untuk berjumpa dengan peguam semata-mata atas urusan berkaitan kes yang dibicarakan di mahkamah seperti mana yang dipohon peguam. – MalaysiaGazette