Home Sukan Liverpool masih belum selamat

Liverpool masih belum selamat

pep Guardiola menganggap terlalu awal untuk menyerah kalah dan yakin bangkit dalam aksi timbal balik Khamis depan. - The Sun

ENGLAND – Nampaknya kemenangan Liverpool 3-0 pada aksi pertama ke atas Manchester City dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi masih belum selamat.

Ini kerana Pep Guardiola mengakui dia dan pasukannya tidak menyesal atau panik dengan itu di Anfield semalam.

Pengurus Manchester City itu sebenarnya lebih yakin dengan kekuatan sedia ada skuadnya akan bangkit dari defisit itu dalam aksi timbal balik di Etihad Khamis depan.

Bekas Pengurus Barcelona itu berpegang kepada sejarah kemenangan 17 pasukan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini yang pernah bangkit mencatatkan kemenangan selepas tewas aksi pertama dengan tiga gol defisit atau selebihnya.

Hanya Barcelona pernah melakukan kebangkitan luar biasa itu semasa menentang Paris Saint Germain selepas dibelasah 4-0 dalam temasya yang sama musim lalu.

Barcelona antara 17 kelab Eropah yang membuat kejutan dalam Liga Juara-juara Eropah edisi 2016/2017 bangkit dari ketinggalan 4-0 dan menundukkan PSG 6-1 di Nou Camp.

Bagi Pep ia adalah perkara mudah dengan Liverpool yang juga pernah bangkit menundukkan AC Milan selepas ketinggalan 3-0 pada babak pertama pada 2005.

Maka Guardiola sangat berkeyakinan tinggi untuk mara ke Separuh akhir.

“Saya percaya dengan anak murid saya. mereka menunjukkan pelbagai perkara terbaik dalam pasukan sepanjang musim ini.

“Keputusan aksi pertama sangat getir, dan kita tidak menafikannya, dan kami mengakui misinya sukar ke atas pasukan terbaik seperti Liverpool.

“Tapi kami masih mempunyai aksi timbal balik 90 minit lagi dan kami akan berusaha habis-habisan.

“Jika sejarah liga juara-juara Eropah membuktikan pasukan lain pernah melakukan ‘come back” mana tidak mustahil untuk kami melakukannya di Etihad terhadap Liverpool,” tegasnya. – Malaysiagazette