Home Dunia Jet pejuang iringi Scoot selepas penumpang ancam bawa bom

Jet pejuang iringi Scoot selepas penumpang ancam bawa bom

Jet pejuang F-15SG digunakan untuk mengiring pesawat penumpang Scoot selepas ada ancaman bom oleh seorang penumpang. foto Agensi

SINGAPURA – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membuat ancaman bom palsu dalam pesawat Scoot Tigerair yang dalam penerbangan Hatyai semalam.

Suspek yang berusia 41 itu telah memaklumkan kepada kru kabin yang beg dibawanya ke dalam pesawat mengandungi bom.

Berikutan itu pesawat TR634 diiringi pulang ke Lapangan Terbang Changi dengan dua jet pejuang sebaik sahaja juruterbang memaklumkan tentang insiden itu, menurut Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen.

“Jet pejuang F-15SG mengekori secara rapat pesawat Scoot dari Laut China Selatan sehingga selamat mendarat di lapangan terbang,” katanya.

Pesawat penumpang itu berlepas pada pukul 1.20 petang dan mendarat semula kira-kira 3.25 petang.

Semua anak kapal dan penumpang selamat.

Penerbangan itu dijadualkan semula berlepas 6.30 petang.

Lelaki itu kemudian ditahan di bawah Undang-Undang Anti-Pengganas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga S$500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette