Home Ekonomi Kos HSR RM40j/km?

Kos HSR RM40j/km?

Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) mungkin melibatkan kos sebanyak RM40 juta bagi setiap kilometer.

UOB Kay Hian Malaysia Research dalam notanya berkata, kos tersebut turut merangkumi sistem dan landasan dengan menganggarkan kos keseluruhan jajaran sejauh 350km itu bakal menelan belanja sebanyak RM15 bilion.

Katanya, kos bagi prasarana awam untuk projek tersebut mungkin bernilai RM35 bilion sehingga RM40 bilion sementara 60 buah tren berharga kira-kira RM5 bilion.

Semalam, MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) menyelesaikan pemberian tender rakan kongsi penyampaian projek (PDP) kepada dua konsortium untuk membantu kerja-kerja awam projek berkenaan.

Konsortium Gamuda-Malaysia Resources Corporation (Gamuda-MRCB) dipilih untuk kerja-kerja jajaran utara manakala konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd.- TH Properties Sdn. Bhd. (YTL-THP) telah dipilih untuk kerja-kerja bahagian selatan.

Terma-terma di dalam perjanjian pakej PDP itu perlu dipersetujui dalam tempoh tiga minggu. – MalaysiaGazette

+ posts