SAO PAULO – Bekas Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva gagal menyerah diri kepada polis bagi membolehkan beliau dipenjarakan selama 12 tahun atas pertuduhan rasuah.
Dalam perintah ke atas da Silva oleh hakim persekutuan, Sergio Moro, da Silva perlu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Curitiba pada pukul 5 petang.
Peguam-peguamnya sedang berunding dengan polis.
Sementara itu, beratus-ratus penyokong berkumpul di luar kediaman da Silva di São Paulo.
da Silva berkata, sabitan pertuduhan yang dibuat ke atasnya bermotifkan politik bagi menghalangnya daripada bertanding untuk jawatan presiden pada bulan Oktober ini, yang mana beliau dijangka menang.
Para peguam da Silva gagal untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara sementara rayuan terhadap sabitan pertuduhan dibuat.
da Silva telah dihukum 12 tahun penjara tetapi proses rayuan akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun.
Bekas presiden itu menghadapi pertuduhan rasuah yang dikenali sebagai Operation Car Wash yang melibatkan ahli politik atasan daripada beberapa parti. – MalaysiaGazette