Home Sukan Pasukan Scuderia mungkin tinggalkan Formula 1

Pasukan Scuderia mungkin tinggalkan Formula 1

Ferrari mempertimbangkan untuk meninggalkan perlumbaan F1 berikutan tindakan pemilik baharu F1 dengan syarat baharunya.

BAHRAIN – Pemiik Formula Satu (F1) meletakkan pasukan pelumba Ferrari dalam risiko meninggalkan perlumbaan itu berikutan syarat baharu yang bakal dikuatkuasakan.

Pasukan Scuderia yang berpengkalan di Itali itu diberitahu bayaran bonus tahunan pasukan itu akan dipotong daripada 100 juta kepada 40 juta.

Walaupun kesemua 10 pasukan perlumbaan itu membuat pengakuan bersumpah menjaga rahsia itu di Bahrain, Sportsmail difahamkan, Liberty mengambil langkah berani untuk melaksanakannya.

Sumber memberitahu;” Mereka tidak menawarkan ganjaran mencukupi untuk memastikan Ferrari terus berpuas hati.

 

Presidennya Sergio Marchionne diberi taklimat dan sedang mempertimbangkan langkah seterusnya.

Marchionne mengugut Liberty Media bagi memastikan Ferrari menarik diri daripada perlumbaan jika tidak menerima tawaran yang sesuai.

Ferrari satu-satunya pasukan yang bersaing dalam F1 sejak ditubuhkan pada tahun 1950.

Liberty media dalam kenyataan media mendakwa, era baharu F1 akan memperkenalkan nilai unik yang bersejarah untuk F1 sambil menambah kriteria baharu pengagihan pendapatan mesti lebih sama rata berdasarkan meritokrasi persembahan baharu dan ganjaran kemenangan.

Mercedes yang juga menjadi sekutu Ferrari pula menegaskan, mereka memerlukan butiran lebih spesifik untuk meyakinkan mereka sementara beberapa pasukan lain seperti Williams menyambut baik perubahan oleh pemilik baharu F1.- MalaysiaGazette