Home Akhbar Cina Pengundi Cina lepas geram sebelum ini

Pengundi Cina lepas geram sebelum ini

Mereka telah melemahkan MCA melalui undi, tetapi mereka tetap akan mencari MCA apabila berlaku masalah,

Kajian yang dilakukan MCA mendapati pengundi Cina menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya 2008 dan 2013 semata-mata mahu melepaskan geram.

PUTRAJAYA: Kajian yang dilakukan MCA mendapati pengundi Cina menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya 2008 dan 2013 semata-mata mahu melepaskan geram.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengundi Cina bagaimanapun tidak berasa bahagia selepas itu dan ramai yang berasa terbelenggu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Mereka melihat ia tidak mendatangkan apa-apa walaupun sokongan penuh diberi kepada DAP sebelum ini.

“Mereka telah melemahkan MCA melalui undi, tetapi mereka tetap akan mencari MCA apabila berlaku masalah,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, walaupun DAP tidak mempunyai apa-apa sumbangan dalam pengembangan bahasa dan seni masyarakat Cina, malahan tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi pengundi Cina tetap menyerahkan tampuk pemerintahan kepada parti pembangkang itu.

Tiong Lai juga mengingatkan pengundi Cina supaya tidak menyimpan sebarang imaginasi mengenai DAP kerana ia hanya akan berakhir dengan kekecewaan.

Beliau berkata, sebagai minoriti di Malaysia, pengundi Cina harus memberi sokongan padu kepada MCA supaya parti itu memperjuangkan unsur kepelbagaian dalam sistem kerajaan.

Menurutnya, MCA bukan pak turut dalam kerajaan dan ia terbukti apabila parti itu memanjangkan isu Robert Kuok ke peringkat tertinggi apabila terdapat menteri yang menghina hartawan keturunan Cina itu. – MalaysiaGazette