WASHINGTON – Biro Penyiasatan Persekutuan menyerbu pejabat dan kediaman peguam peribadi Presiden Amerika Syarikat, Michael Cohen – satu lagi perkembangan baru dalam siri siasatan melibatkan sekutu Donald Trump.
Peguam Cohen, Stephen M. Ryan berkata, pendakwa Amerika Syarikat sedang melakukan siasatan yang dirujuk oleh Pejabat Penasihat Khas, Robert Mueller.
Mueller sedang menyiasat sama ada pasukan kempen Trump semasa Pilihan Raya Presiden 2016 bersekongkol dengan Rusia.
Trump menyifatkan serbuan itu sebagai siasatan “pemburu ahli sihir” dan menafikan sebarang konspirasi.
Serbuan itu meningkatkan tekanan undang-undang ke atas presiden kerana ia melibatkan rekod panjang Mueller sebagai peguam negara dan menandakan lanjutan siasatan di Manhattan, bersama Mueller di Washington.
Cohen berada di tengah-tengah kontroversi berhubung bayaran AS$130,000 yang beliau akui dibayar kepada bintang lucah, Stormy Daniels pada sebelum pilihan raya presiden.
Daniels sebelum ini mengaku pernah mengadakan hukuman intim dengan Trump pada tahun 2006.
Ditanya sama ada Mueller akan dipecat, Trump berkata: “Baiklah, saya fikir apa yang berlaku ini adalah memalukan. Kita lihat apa yang akan berlaku”.
Trump tidak boleh memecat Mueller secara langsung, tetapi dia boleh memerintahkan Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein, yang mengawasi siasatan khusus untuk menamatkannya atau Rosenstein berisiko dipecat jika dia enggan.
Di bawah peraturan Persekutuan, jika Mueller melepasi maklumat yang tidak berkaitan secara langsung dengan penyiasatan yang difokuskannya kepada Rusia, beliau perlu berbincang dengan Rosenstein.
Rosenstein boleh mengarahkan Mueller sama ada menyiasat isu itu sendiri atau merujuknya kepada pihak penguatkuasa undang-undang lain.
Pendakwa Persekutuan sedang menyiasat Cohen kemungkinan penipuan bank dan cukai dan
perlanggaran undang-undang kempen berkaitan dengan pembayaran Stormy Daniels dan lain-lain perkara berhubung sokongan asing kepada Trump semasa pilihan raya lalu, menurut sumber yang terlibat dalam siasatan itu. – MalaysiaGazette