KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Kuala Lumpur akan menutup runway 3 selama satu bulan mulai 11 Mei ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Penutupan bermula 12.01 pagi pada 11 Mei hingga 3 petang pada 7 Jun itu akan memberi kesan kepada pergerakan penerbangan sebanyak 6 peratus sehari.
Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) berkata, kerja-kerja penyelenggaraan komprehensif itu mengikut pelan induk kemampanan runaway.
MAHB, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia dan Jawatankuasa Pengendali Penerbangan berkata, skop kerja akan memerlukan kerja-kerja penambahan dan beberapa kerja-kerja infrastruktur semula yang termasuk kerja-kerja saliran dan tanah. – MalaysiaGazette