LONDON – Mohamed Salah berjaya mencipta rekod baharu apabila merangkul gelaran penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi kategori pemain Afrika.
Pemain kebangsaan Mesir itu meledakkan gol EPL ke-30 pada musim ini ketika Liverpool mengatasi Bournemouth 3-0, malam tadi.
Rekod sebelum ini dipegang oleh bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dari Ivory CoastĀ Pada musim 2009-2010, Drogba menjaringkan gol ke-29 dalamĀ ada musim 2009-2010.
Malah pencapaian itu turut mencipta rekod baharu untuk Salah yang terus mendahului Harry Kane dalam usaha merebut anugerah Kasut Emas musim ini.
“Seorang penyerang sentiasa mahukan kedudukan teratas dalam senarai penjaring terbanyak.
“Ia pencapaian luar biasa dan menakjubkan. Jumlah jaringan yang agak tinggi,” katanya selepas perlawanan berakhir. – MalaysiaGazette