Home Ekonomi BAE Systems yakin potensi Malaysia

BAE Systems yakin potensi Malaysia

KUALA LUMPUR- Syarikat pertahanan, keselamatan dan aeroangkasa Britain, BAE Systems akan meneruskan kerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dengan memeterai satu memorandum persefahaman pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018).

Pengarah Urusan BAE Systems untuk Asia Tenggara, John Brosnan berkata, syarikat ternama dunia itu yakin dengan potensi industri pertahanan, keselamatan dan aeroangkasa di Malaysia.

“Apabila kita memasuki satu tempoh ketidaktentuan global dan berlakunya peningkatan dalam jenayah siber antarabangsa, DSA 2018 membawakan satu peluang besar kepada kami untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan-rakan kongsi di Malaysia dan juga Asia.

“Kami yakin dengan potensi di Malaysia dan kami percaya DSA 2018 adalah forum terbaik untuk kami mempamerkan keupayaan dari segi kejuruteraan aeroangkasa, keselamatan siber dan pendidikan yang mana kesemuanya berjaya dicapai menerusi kerjasama dengan rakan-rakan tempatan di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

BAE Systems turut memperbaharui komitmen di dalam Program Biasiswa Chevening yang telah dimulainya sejak 2012.

Setakat ini, syarikat tersebut telah menaja lebih 50 pelajar pasca-siswazah dan kekal sebagai salah sebuah penyumbang terbesar kepada program Chevening di negara ini.-MalaysiaGazette