Home Nasional Napsiah pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang – PM Najib

Napsiah pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang – PM Najib

KUALA LUMPUR, 11 Mei -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang 2017 kepada bekas menteri, Tan Sri Napsiah Omar pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Turut memerhati Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) dan Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kiri). --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini, menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Napsiah, 74, meninggal dunia pada pukul 6.10 petang di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya, dekat sini akibat barah hati.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok.

— BERNAMA