MEXICO – Jutawan Amerika Syarikat, Matthew Mellon, yang membuat kekayaan dalam mata wang digital, telah meninggal dunia pada umur 54 tahun.
Mellon yang merupakan penagih dadah telah meninggal dunia di pusat pemulihan di Cancun, Mexico.
Beliau adalah pendukung awal mata wang digital XRP, yang juga dikenali sebagai Ripple.
Taikun itu adalah keturunan dua dinasti perbankan Amerika Syarikat dan bekas suami pengasas British jenama kasut mewah Jimmy Choo, Tamara Mellon.
Satu kenyataan memaklumkan Mellon meninggal dunia secara mengejut di Cancun ketika sedang menghadiri program pemulihan dadah.
Mellon berjaya membuat kekayaan dalam mata wang kripto dengan menjadikan pelaburan sejumlah AS$2 juta kepada AS$1 bilion.
Dia juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Parti Republikan New York dan pernah mendapat liputan dalam Forbes pada awal tahun ini.
Kisah penagihannya terdedah pada tahun 2004 semasa prosiding perceraiannya dengan Tamara. – MalaysiaGazette