Home Dunia Wanita paling berat di dunia mula diet sebelum dibedah

Wanita paling berat di dunia mula diet sebelum dibedah

Eman Ahmed Abd El Aty sebelum menjalani pembedahan. foto Agensi

MUMBAI – Kumpulan doktor India memulakan diet ke atas seorang wanita Mesir yang dipercayai wanita paling berat di dunia sebagai persediaan menjalani pembedahan bagi mengurangkan berat badan.

Berat Eman Ahmed Abd El Aty sekitar 500 kilogram (1,100 paun) dan tidak pernah keluar dari rumah lebih daripada dua dekad sehingga dia tiba di Mumbai pada hujung minggu lalu untuk menjalani pembedahan bariatrik.

Doktor berkata, wanita berusia 37 tahun itu akan diberi makanan cecair untuk 25 hari akan datang supaya berat badannya dapat dikurangkan sebanyak 50 kilogram.

“Hanya selepas semua penyakit berkaitan obesiti dikawal, berat badan menurunnya, Eman akan menjalani pembedahan,” kata Dr Muffazal Lakdawala.

Pembedahan itu dijangka mengambil masa dua setengah jam.

Kumpulan doktor berharap pembedahan itu dapat membantu Eman mengurangkan sebanyak 150 kilogram.

“Selepas pembedahan, kami akan memantaunya dalam tempoh lima bulan. Beliau akan menjalani fisioterapi untuk mengerakkan otot-ototnya sebelum pulang semula ke Mesir.

“Jika rawatan pertama ini berjaya, doktor akan menggunakan kaedah pembedahan bagi mengurangkan berat Eman di bawah 100 kilogram dalam beberapa tahun. – MalaysiaGazette