Home Dunia Zimbabwe pecat 10,000 jururawat

Zimbabwe pecat 10,000 jururawat

HARARE – Kerajaan Zimbabwe membuang lebih daripada 10,000 orang jururawat yang menyertai tunjuk perasaan pada Isnin lalu.

Tindakan itu dilihat cuba melemahkan tunjuk perasaan oleh buruh negara tersebut.

Timbalan Presiden, Constantino Chiwenga berkata, jururawat-jururawat itu tidak mahu bekerja selepas kerajaan memberi peruntukan sebanyak AS$17 juta untuk menaikkan gaji mereka.

Sebahagian jururawat Zimbabwe yang tunjuk perasaan. foto Agensi

Tetapi langkah yang luar biasa itu mungkin hanya menjadi taktik untuk memaksa para jururawat kembali bekerja, menurut media.

Memperkasakan semula sektor kesihatan menjadi cabaran utama kepada Presiden Emmerson Mnangagwa, yang baru-baru ini bersetuju untuk membayar kenaikan gaji untuk menamatkan tunjuk perasaan dalam kalangan para doktor.

“Kerajaan telah memutuskan, demi kepentingan pesakit dan menyelamatkan nyawa, kami memecat n semua jururawat yang tunjuk perasaan dengan serta-merta,” kata Jeneral Chiwenga – bekas ketua tentera yang mengetuai penggulingan Robert Mugabe pada November dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jururawat yang tidak bekerja dan bersara akan diupah untuk menggantikan mereka yang telah dipecat.

Sebagai tindak balas, persatuan jururawat Zimbabwe berkata, pihaknya “mengambil perhatian” mengenai tindakan kerajaan itu dan akan terus melancarkan protes. – MalaysiaGazette