KUALA LUMPUR – AirAsia akan menambah penerbangan untuk laluan domestik terpilih untuk memenuhi permintaan pada Pilihan Raya Umum.
Menurut syarikat penerbangan itu, tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei ini untuk tawaran tambang tetap, juga akan dilanjutkan kepada 7 Mei .
Dari 7 hingga 10 Mei ini, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 120 penerbangan tambahan, termasuklah 20 pesawat Airbus A330 yang mempunyai 377 tempat duduk.
Katanya, tambang sehala dalam tempoh ini ditetapkan pada RM99 untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia, RM129 untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak dan RM199 untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah. – MalaysiaGazette