KUALA LUMPUR – Nilai tinggi dolar Amerika Syarikat (AS), pengangkutan udara murah, kos perubatan mahal di Barat menjadi faktor semakin ramai orang luar mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Sejak lima tahun lepas, pelancong luar datang untuk mendapatkan rawatan meningkat sebanyak 100 peratus.
Bandaraya Kuala Lumpur dan George Town di Pulau Pinang menjadi bandar utama menjadi tumpuan mereka, menurut satu komentar di portal stesen televisyen CNBC baru-baru ini.
Selain itu, doktor terlatih terbaik di Asia dan rata-rata mendapat latihan di AS, United Kingdom juga menjadi faktor penarik selain fasih berbahasa Inggeris yang memudahkan mereka berkomunikasi dengan baik.
Pada tahun 2016, Malaysia dikunjungi kira-kira sejuta pelancong perubatan dan tahun ini ia dijangka meningkat lagi.
Selain Malaysia, pelancong luar terutama dari negara Barat juga memilih Costa Rica, Colombia dan Mexico sebagai negara mereka mendapatkan rawatan.-MalaysiaGazette