Home Nasional Senarai ‘calon’ Parlimen Kelantan sudah tular

Senarai ‘calon’ Parlimen Kelantan sudah tular

Fikhran Hamshi, muka baharu yang disebut-sebut sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kota Bharu.
Fikhran Hamshi, muka baharu yang disebut-sebut sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kota Bharu.

KUALA LUMPUR – Walaupun belum dimuktamadkan oleh pimpinan, tetapi sudah tersebar senarai calon bagi kerusi Parlimen di Kelantan.

Bagaimanapun, seorang daripada ‘calon’ yang termasuk dalam kumpulan itu ketika dihubungi MalaysiaGazette malam tadi, mengesahkan senarai itu adalah benar.

‘Calon’ itu ialah Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim akan bertanding kerusi Parlimen Rantau Panjang; bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Wan Johani Wan Hussin (Tumpat), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Nor Asmawi Abd. Rahman (Pasir Mas); Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi (Kota Bharu).

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin turut tersenarai sebagai calon di Parlimen Bachok, diikuti Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Pasir Puteh), Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Muhamad Abdul Ghani (Kubang Kerian) dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman (Pengkalan Chepa).

Lima penyandang yang kekal ialah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Mereka dikatakan telah diberi taklimat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC), tetapi watikah pelantikan akan disampaikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. – MalaysiaGazette