MEXICO – Piala Liga Europa dilaporkan hilang sekejap dipercayai dicuri di Mexico sebelum dikembalikan dengan selamat.
Piala Liga Europa yang dijulang Manchester United tahun lalu selepas menewaskan Ajax pada aksi final dikatakan dilarikan dari kenderaan pengangkut.
Van yang disyaki mengangkut piala itu dipercayai milik syarikat kurier, FedEx.
Pihak berkuasa di negeri Guanajuato mendakwa dalam twitter bahawa piala itu dibawa keluar dari bandaraya Leon selepas sebuah majlis tetapi dikembalikan sejurus selepas itu.
Pejabat pendakwaraya negeri itu memuat naik gambar piala itu yang dibalut dengan kain ketika ditemui tanpa mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.
FedEx merupakan salah sebuah penaja kepada Liga Europa sebagai amalan pemasaran piala itu telah dihantar ke sebuah majlis menerusi van syarikat itu untuk mempromosikan aksi final temasya musim ini.
Arsenal dan Atletico Madrid akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir liga Europa musim ini dan Arsenal mengintai kebangkitan semula untuk kembali semula ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Sebelum ini piala itu dilaporkan dilarikan pencuri di Mexico namun dipulangkan selepas itu.
Piala itu dibawa keluar bagi tujuan jelajah selain roadshow di serata dunia mempromosikan bola sepak. – MalaysiaGazette