Home Dunia Protes pemandu tuntut naik gaji lumpuhkan Uber

Protes pemandu tuntut naik gaji lumpuhkan Uber

Pemandu teksi aplikasi Uber dan Ola di New Delhi protes beramai-ramai menuntut kenaikan insentif dan polisi insurans yang terbaik. Foto: Reuters

NEW DELHI – Tindakan sebilangan besar pemandu Uber dan Ola yang memprotes beramai-ramai telah melumpuhkan perkhidmatan itu di ibu kota berkenaan hari ini.

Protes yang didakwa didalangi oleh Kesatuan Pemandu Uber dan Ola turut menjejaskan ratusan ribu orang awam yang mahu pergi kerja pada sebelah pagi selain mencacatkan imej pengangkutan awam lain.

Akibatnya pengangkutan tren komuter di ibu negara itu turut terjejas dan mengalami kelewatan selama empat hari berturut-turut.

Para pemandu kereta Uber dan Ola yang memprotes itu juga berhenti mengambil tempahan dalam aplikasi telefon bimbit.

Akibatnya, kerajaan terpaksa menyediakan perkhidmatan bas tambahan kepada orang awam yang terjejas ke tempat kerja ekoran protes penyedia khidmat Uber dan Ola berkenaan.

Ini merupakan konfrontasi terbesar kesatuan perniagaan mewakili pemandu teksi di Delhi yang mempunyai penduduk berpopulasi seramai 25 juta orang.

Uber dan Ola berdepan masalah dengan aplikasi khidmat teksi mereka menunjukkan ‘ tiada kereta disediakan’ semasa pengguna cuba menempah berhampiran Connaught Place berhampiran bandar raya itu.

Uber dan Ola kemudiannya menang injunksi di Mahkamah Tinggi Delhi ke atas kedua-dua kesatuan teksi itu yang menggalakkan protes itu.

Majoriti daripada pemandu kereta persendirian dibawah Uber dan Ola bukan ahli kesatuan itu.

Pemimpin pemandu Uber dan Ola itu berkata, mereka menuntut kenaikan dalam insentif, polisi perlindungan insurans dan tempoh masa kerja yang terhad untuk pemandu. – MalaysiaGazette