Home Seni Hidup Bakal dipenjarakan, Serina Redzuan berang

Bakal dipenjarakan, Serina Redzuan berang

KUALA LUMPUR – Pelakon Serina Redzuan bakal berhadapan dengan hukuman penjara setelah bekas suaminya mendakwa beliau melanggar perintah persetujuan bersabit penjagaan kedua-dua anaknya.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41 terdahulu memfailkan notis tunjuk sebab pada 17 April lalu.

Serina menerusi Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin di Mahkamah Tinggi Syariah ketika prosiding mendakwa selebriti itu membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6, bermalam sebilik dengan datuk mereka, Chef Wan.

Serina kemudiannya berang dengan keputusan mahkamah dan menerusi akaun instagramnya, dia mendakwa hujah bahawa anaknya tidak boleh tidur dengan Chef Wan  yang juga datuk mereka sebagai tidak logik.

“Di mana lojiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik ngan cucu cucu dan mereka ni masih kecik.

“Lainlah kalau Isabella tu dan Anak Dara sunti umur dah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian tu ikat My father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa apa,” katanya menerusi akaun instragram, serinaredzuawan hari ini.

Serina turut menempelak bekas suaminya yang bertindak melampau apabila mendakwa dia bersekedudukan dengan wanita sehingga ditangkap khalwat di rumah bersama-sama anak-anaknya.

“How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengancara bukan Islam.

“Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan isteri di depan anak-anak. Sehingga ditangkap khalwat! Sehingga dia dah malu dan takut, terus kahwin.

“Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak-anak. Takpelah Gavin kalau nak berpura-pura dan mempermainkan agama Islam Allah SWT maha berkuasa u (anda) akan diberi balasan setimpal oleh Allah SWT di dunia mahupun di Akhirat. KARMA PASTI ADA. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.